Pengikut Boyzzonne

Tuesday, August 21, 2012

Mitsubishi jatuh jejambat, pemandu tak cedera

Anak panah menunjukkan lokasi kereta Mitsubishi yang terhumban dari jejambat di Jalan Istana-Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib seorang lelaki yang tidak cedera setelah kenderaan dipandunya terbabas lalu terjatuh dari
jejambat di Jalan Istana - Jalan Sungai Besi dekat sini semalam.
Kejadian pada pukul 9 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan Mitsubishi Lancer dipandu Hong Chee How, 21, yang dalam perjalanan dari Selayang menuju ke Serdang.
Jurucakap polis berkata, ketika melalui selekoh di atas jejambat itu, kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan dan terjatuh dari ketinggian enam meter.
Katanya, nasib baik kenderaan tersebut tidak menghempap mana-mana kenderaan yang melalui Jalan Tun Razak menuju ke Sungai Besi.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive