Pengikut Boyzzonne

Friday, August 24, 2012

Dua gadis cedera digigit awek kebulur

Victoria Smith

LONDON: Seorang wanita tidak siuman menyebabkan dua gadis mengalami kecederaan di tangan selepas dia menggigit mereka kerana lapar.
Victoria Smith, 27, yang bagaikan anjing gila menerkam dan
menggigit tangan dua mangsa terbabit.

Dia menyerang Jamie Montgomery, 27, di kelab malam dan turut menggigit muka mangsa.
Jamie Montgomery
Jamie yang dirawat selama 29 hari di hospital dan perlu menjalani pembedahan plastik, tidak lagi dapat menggunakan ibu jarinya.

Jamie berkata: “Dia menggigit dan terus menggigit saya. Saya hanya lihat darah berlumuran. Ia betul-betul menyakitkan,” katanya.

Victoria menggigit ibu jari mangsa kedua, Charlotte Forde, 21, di kediaman mangsa di Blackpool. Pendakwa raya, Jon Close, memberitahu mahkamah Preston, apabila dia bertanya Victoria mengapa dia menggigit Jamie, Victoria menjawab: “Saya lapar dan terus jadi gila.” Victoria terlepas daripada hukuman penjara walaupun disabitkan menyerang Charlotte dan Jamie. - TS

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive