Pengikut Boyzzonne

Friday, August 24, 2012

Drama penculikan Kg Portugis | Penculik diberkas, mangsa selamat

KERETA Porsche milik mangsa culik yang ditinggalkan di Kampung Portugis, Bandar Hilir, Melaka

MELAKA - Drama penculikan selama hampir lapan jam membabitkan seorang ahli perniagaan di Kampung Portugis, Bandar Hilir di sini kelmarin, berakhir selepas sepasukan anggota polis berjaya menahan lima lelaki di Ayer Keroh awal pagi semalam.
Kelima-lima suspek berusia 36 hingga 51 tahun itu dipercayai telah melarikan mangsa dengan menaiki sebuah
MPV jenis Toyota Alphard berwarna hitam ke Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.
Sebelum diculik, mangsa dipercayai telah meletakkan kereta mewah jenis Porsche miliknya berharga kira-kira RM1 juta di tempat letak kereta berdekatan sebuah medan selera makanan laut di Kampung Portugis, Bandar Hilir untuk minum bersama rakannya.
"Bagaimanapun, belum sempat rakan mangsa datang, kesemua suspek terlebih dahulu datang ke tempat tersebut lalu terus menculik mangsa menaiki sebuah Toyota Alphard.
"Mangsa diculik sejurus selepas turun dari keretanya," kata beliau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini semalam.
Raja Shahrom memberitahu, sebelum kejadian kesemua suspek dipercayai telah mengekori mangsa dari awal sehingga mangsa meletakkan keretanya.
Beliau berkata, kejadian hanya diketahui selepas rakan mangsa yang tiba di lokasi berkenaan kira-kira 10 minit kemudian diberitahu oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bahawa mangsa telah dibawa lari.
"Ekoran maklumat itu, rakan mangsa kemudian terus membuat laporan di Balai Polis Bandar Hilir," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive