Pengikut Boyzzonne

Saturday, August 25, 2012

Ditetak Pedang samurai ketika beraya rumah ex gf


KUALA LUMPUR - Hajat seorang lelaki menziarahi bekas kekasihnya pada hari pertama Aidilfitri berakhir dengan mangsa nyaris kehilangan tangan kirinya selepas diserang dengan pedang samurai oleh kekasih baharu gadis itu.
Kejadian pada pukul 7.30 malam di sebuah rumah Flat Sri Melaka di sini pada Ahad lalu berlaku ketika mangsa yang berusia 46 tahun baru sampai ke
rumah keluarga bekas kekasihnya untuk beraya.
Kekasih baharu gadis itu pula secara kebetulan masih berada di rumah tersebut ketika mangsa tiba.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pertembungan kedua-dua lelaki itu membangkitkan rasa cemburu kekasih baharu gadis itu sehingga mencetuskan pertengkaran antara mereka.
"Tanpa diduga perang mulut yang berlangsung beberapa minit berakhir dengan suspek mencapai pedang samurai yang dijadikan hiasan di rumah keluarga gadis tersebut lalu menetak tangan kiri mangsa.
"Tetakan tersebut menyebabkan tangan kiri mangsa dari pergelangan tangan hampir putus," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras (IPD) di sini.
Menurut beliau, selepas mangsa cedera, suspek bersama gadis itu melarikan diri manakala mangsa yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Cheras untuk rawatan.
Mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan tangan yang hampir putus juga berjaya disambung semula.
Kata beliau, siasatan mendapati motif kejadian tersebut berpunca rasa cemburu suspek terhadap mangsa.
Mohan memberitahu, sejak kejadian tersebut, pasangan kekasih yang masing-masing berumur 30 dan 22 tahun itu menghilangkan diri.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Sehubungan itu, polis mencari seorang pekerja di sebuah syarikat swasta, Mohd. Ifendi Mohd. Nafiah, 30, dan Hazirah Abdul Aziz, 22, merupakan seorang pekerja am tampil membantu siasatan mengenai kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive