Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 22, 2012

Bank of Canada minta maaf buang imej wanita Asia

Bank of Canada mengedarkan wang kertas $100, wang kertas polimer yang pertama. Langkah itu dilaporkan menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

TORONTO- Bank pusat Kanada memohon maaf pada Isnin kerana membuang imej seorang ahli sains wanita berwajah Asia pada versi awal wang kertas polimer $100 yang baharu.
Kenyataan Gabenor Bank of Canada Mark Carney dikeluarkan hanya beberapa hari selepas laporan berita menyiarkan bahawa bank itu telah menggantikan lakaran wanita berwajah Asia dengan seorang wanita berkulit
putih, membangkitkan kemarahan orang ramai di negara pelbagai budaya ini.
Imej asal itu ditukar selepas kumpulan sasaran yang dirujuk oleh bank terbabit berkaitan wang kertas baharu itu membangkitkan persoalan tentang etnik wanita berkenaan.
"Dalam pembangunan wang kertas $100 kami, usaha oleh pereka wang kertas untuk mengelakkan menggambarkan individu tertentu, menyebabkan imej yang dihasilkan hanya mewakili satu kumpulan etnik," kata Carney dalam kenyataan yang disiarkan di laman web bank berkenaan.
"Itu bukan niat bank dan saya memohon maaf kepada mereka yang tersinggung.
Cara bank mengendalikan isu ini tidak memenuhi piawaian rakyat Kanada sewajarnya yang diharapkan daripada kami," katanya.
Beliau berkata lakaran yang telah diubah itu adalah imej 'photoshop' wanita Asia yang melihat melalui mikroskop.
Carney berjanji untuk mengkaji semula proses rekaan bank itu susulan pertikaian berhubung wang kertas berkenaan, dan berkata wang kertas itu milik semua rakyat Kanada.
Sebagai negara yang dihuni kira-kira 35 juta orang, penduduk Kanada pada 2006 termasuk 5.2 juta orang daripada kumpulan minoriti yang ketara.
Bank of Canada mula mengedarkan wang kertas polimer itu hujung tahun lepas dengan memperkenalkan wang kertas $100.
Wang kertas $50 diperkenalkan pada Mac tahun ini dan denominasi lain dijangka berada dalam edaran menjelang hujung tahun depan sebagai sebahagian daripada kempen memerangi wang palsu.- Bernama

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive