Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 22, 2012

Dua parah kereta terbabas rempuh tiang lampu

Proton Persona terbabas lalu merempuh sebatang tiang lampu di Jalan Muda Linggi
SEREMBAN – Dua lelaki cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh sebatang tiang lampu di Jalan Muda Linggi, di sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, kedua-dua mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Persona dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Ampangan.

Jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai hilang
kawalan pemanduan lalu terbabas ke pembahagi jalan sebelum melanggar satu pasu bunga dan sebatang tiang lampu.

“Rempuhan itu menyebabkan kereta mangsa memasuki laluan bertentangan sebelum berhenti.

“Kita terpaksa meminta bantuan anggota bomba untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa tersepit  berikutan kenderaan remuk,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian tersebut tidak membabit kenderaan lain.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dikepala dan badan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk rawatan lanjut.

“Buat masa ini kita masih siasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan kenderaan itu dipandu laju sebelum kemalangan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive