Pengikut Boyzzonne

Thursday, August 23, 2012

Geng Susu Kangkang kecundang


KAJANG – Jika sebelum ini banyak kumpulan penjenayah dilaporkan memilih untuk merompak barang-barang kemas atau kenderaan mewah namun lain pula sasaran penjenayah Geng Susu Kangkang apabila mereka hanya berminat untuk mencuri
susu tepung berjenama.
Geng Susu Kangkang sebelum ini dikesan aktif melakukan jenayah tersebut di Perlis dan Kedah namun kegiatan tersebut ditumpaskan apabila beberapa ahlinya diberkas kerana mencuri susu tepung di beberapa pasar raya di kedua-dua negeri itu.
Tidak berakhir di situ, polis daerah ini kemudian mengesan Geng Susu Kangkang juga melebarkan jenayahnya di daerah ini dengan memilih kedai-kedai serbaneka sebagai sasarannya.
Modus operandi Geng Susu Kangkang ialah ahli geng tersebut memakai jubah atau baju kurung dan memasukkan kotak-kotak susu tepung yang dicuri ke celah kangkang masing-masing dan berjalan keluar dari premis yang dicuri.
Bagaimanapun, jenayah Geng Susu Kangkang yang bermula sejak tahun 2010 di daerah ini terbongkar pada 16 Ogos lalu apabila polis berjaya memberkas tujuh lelaki dan seorang wanita yang merupakan saki baki ahli Geng Susu Kangkang yang pernah melakukan jenayah itu di Perlis dan Kedah.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive