Pengikut Boyzzonne

Saturday, August 25, 2012

Kereta terbabas rempuh rumah | Jalan Gua Musang - Kuala Krai


GUA MUSANG - Seorang wanita warga emas trauma kerana nyaris maut apabila sebuah kereta yang terbabas merempuh rumahnya hingga separuh runtuh di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru, dekat sini, petang kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 6 petang itu, semasa Che Yam Che Wil, 70, berada di ruang tamu rumahnya seorang diri dan terkejut melihat sebuah
kereta dinaiki empat lelaki berpusing beberapa kali sebelum merempuh rumahnya.
Menurut Che Yam, kereta dalam perjalanan dari Gua Musang menuju ke Kuala Krai itu pada mulanya merempuh pengadang jalan sebelum berpusing merempuh bilik tidur rumahnya hingga runtuh.
Katanya, selepas itu kereta tersebut pula merempuh bukit dan berpusing balik sebelum tersandar di dinding rumah anaknya yang terletak berhampiran di situ, tetapi tidak ada yang cedera.
“Mak cik terkejut dan sambil menjerit apabila melihat kenderaan tersebut berpusing menuju ke arah rumah mak cik dan terus merempuh bilik tidur hingga runtuh menyebabkan mak cik bergegas keluar.
“Apabila mak cik keluar ternampak kereta itu merempuh pula bukit dengan kuat sebelum tersandar di rumah anak mak cik dekat situ dalam keadaan kenderaan yang remuk sama sekali,” katanya.
Beliau berkata, daripada empat lelaki itu, beliau nampak hanya seorang sahaja dipercayai pemandu yang luka di dahi manakala tiga lagi rakan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.
Che Yam berkata, walaupun rumah beliau terletak berhampiran dengan Jalan Gua Musang - Kuala Krai, tetapi inilah kali pertama kereta terbabas merempuh rumahnya.
“Mak cik belum lagi membaik pulih bilik tidur rumah mak cik yang runtuh itu kerana tidak mampu berbuat demikian dalam masa yang segera ini dan mungkin mengambil masa sedikit kecuali pemilik kereta itu membayar ganti rugi,” katanya.
Beliau juga bersyukur kerana tiga cicitnya yang kerap bermain di halaman rumahnya setiap petang secara kebetulan pada kejadian itu mereka tidak keluar dari rumah dan berkurung di dalam selamat daripada kemalangan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive