Pengikut Boyzzonne

Thursday, September 6, 2012

» Empat pakar penipu black money Nigeria ditangkap


KUALA LUMPUR – Satu sindiket black money yang didalangi warga Nigeria tumpas ekoran penahanan empat lelaki hasil serbuan di tiga unit kondominium di Jalan Desa Pertama, Brickfields di sini Isnin lalu.
Kesemua suspek berusia 25 hingga 37 tahun yang
ditahan pada pukul 12 tengah hari itu merupakan pelajar sebuah kolej swasta di ibu negara.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany, sindiket itu dipercayai telah beroperasi sejak dua tahun lalu dan terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes penipuan di sekitar Cheras membabitkan kerugian RM500,000.
Katanya, operasi sindiket itu bagaimanapun dapat dilumpuhkan hasil maklumat orang awam dan risikan polis selama dua minggu.
Beliau memberitahu, ahli sindiket itu menggunakan laman sosial Facebook untuk mempengaruhi pelanggan dengan menawarkan penukaran wang dolar Amerika Syarikat yang sebenarnya palsu kepada Ringgit Malaysia dengan kadar yang rendah.
“Mereka cuba memperdayakan mangsa bahawa wang Dolar Amerika itu tulen dengan menunjukkan demonstrasi mencelup kapas dalam sejenis cecair sebelum disapu pada kepingan wang kertas.
“Sebenarnya hanya wang di bahagian atas dan bawah sahaja yang tulen manakala di tengah-tengahnya cuma kepingan kertas kosong,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Cheras di sini semalam.
Tambah Izany, serbuan di unit rumah pertama, polis telah menahan seorang lelaki dan hasil soal siasat, suspek menunjukkan unit rumah yang kedua yang telah membawa kepada penahanan tiga lagi suspek dan siasatan lanjut suspek telah menunjukkan sebuah lagi unit rumah yang turut dijadikan pusat operasi sindiket mereka.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive