Suatu ketika dahulu sekitar tahun 1990-an, keadaan di Sungai Pasig, Manila dalam keadaan yang terlalu kotor hingga kerajaan negara tersebut, Jabatan Alam Sekitar Filipina sudah tidak mampu untuk memperbaiki keadaan alam sekitar kawasan sungai itu.
Punca utama yang menjadi tercemarnya Sungai Pasig dengan pengumpulan sampah-sampah yang banyak adalah disebabkan penempatan rumah setinggan di sepanjang sungai itu.
Setiap hari mereka akan membuang sampah ke dalam sungai tanpa rasa bersalah.
Apa yang pelik, walaupun sungai itu berbau busuk dan airnya kotor, penduduk-penduduk setinggan di kawasan itu masih lagi menggunakan air sungai sebagai bekalan kegunaan harian.
Namun, pada tahun 1999, satu projek pemulihan sungai tersebut dilancarkan dengan kos sebanyak USD200 bersamaan RM600 juta.
Projek itu dijalankan secara beransur-ansur dalam tempoh 15 tahun.
Penduduk-penduduk setinggan yang menguasai kawasan sungai itu akhirnya dipindahkan ke kawasan perumahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Kini, wajah Sungai Pasig tidak lagi seperti dahulu.
Keadaannya sudah jauh berubah dan sudah banyak tumbuhan hijau tumbuh mekar di sepanjang sungai.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber foto: Yahoo News Indonesia
Sumber foto: Yahoo News Indonesia
No comments:
Post a Comment