mengakibatkan bas bergoyang dan terhuyung-hayang serta bergegar kuat lalu terbalik.
“Kejadian berlaku terlalu pantas, saya dapat rasakan penumpang melambung dan kedengaran jeritan mereka. Keadaan ketika itu begitu huru-hara apabila penumpang bertindih antara satu sama lain.” Demikian kata pemandu bas, Mazlan Mohd Salleh, 51, mengenai bas ekspres dipandunya dalam perjalanan dari Perhentian Bas Larkin, Johor Bahru ke Kuala Perlis yang terbalik sebelum terseret kira-kira 15 meter di Kilometer 233.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) arah utara, dekat sini.
Kejadian jam 1 pagi itu mengakibatkan sembilan penumpang termasuk pemandu bas kedua cedera dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan manakala 19 lagi selamat dan dipindahkan secara berperingkat ke bas ekspres lain yang berhenti memberi bantuan.
Menurut Mazlan, dia bersama pemandu kedua, K Arumugam, 38, serta 28 penumpang bertolak dari Larkin jam 9 malam dan dijangka tiba di destinasi sekitar jam 8 pagi.
“Saya memandu perlahan di laluan kiri sebelum menyedari sebuah kereta Perodua Viva di hadapan bas turut dipandu perlahan dan mengambil keputusan memintasnya.
“Semasa memintas kereta itu, secara tiba-tiba ia masuk ke laluan kedua dan saya memperlahankan pemanduan lalu membatalkan hasrat memintasnya sebelum mengelak dan masuk semula ke laluan kiri,” katanya.
Katanya, cubaannya sekali lagi untuk memintas kereta dipercayai dinaiki dua lelaki itu gagal apabila bas dipandu dihalang lagi, malah kereta itu tiba-tiba menekan brek memaksa dia menekan brek mengejut hingga hilang kawalan dan bas terbalik serta terseret.
“Dalam keadaan panik, saya hanya mampu berdoa supaya diselamatkan daripada segala kecelakaan. Sejurus bas terhenti dalam keadaan terbalik dan badan yang masih sakit akibat terhantuk, saya memecahkan cermin hadapan bas dan dengan bantuan seorang penumpang lain berusaha mengeluarkan Arumugam yang tertidur ketika kejadian dan cederaan di kepala,” katanya.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment