Pengikut Boyzzonne

Friday, October 5, 2012

Tiga tan abu al-Quran, kitab dilupus di laut Pahang

ABDUL RAHMAN (bersongkok) bersama anggota TLDM melupuskan abu al-Quran dari atas kapal KD Pahang di perairan Tanjung Gelang, Kuantan 

KUANTAN – Demi memelihara dan melindungi kesucian al-Quran serta buku berkaitan agama Islam, sebanyak tiga tan abu kitab-kitab suci itu dilupuskan di tengah laut yang terletak tujuh batu nautika dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang di sini semalam.
Terdahulu, al-Quran dan bahan bercetak berunsur
keagamaan yang lama atau mempunyai kesalahan dikumpul dari seluruh Pahang sebelum dibakar.
Menurut Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (gambar kecil), program itu julung-julung kali diadakan di negeri itu hasil kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pahang dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri.
Jelasnya, abu daripada kitab-kitab yang dibakar di syarikat percetakan Saufi di Cheras, Kuala Lumpur dibawa ke lokasi pelupusan dengan menggunakan kapal TLDM, KD Pahang.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive