Pengikut Boyzzonne

Friday, October 5, 2012

GRO, kekasih dijel seumur hidup

KHAN MEI (kanan) dan Bingju dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan menculik di Mahkamah Tinggi George Town 

GEORGE TOWN – Sepasang kekasih dihukum penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan memperoleh wang
tebusan berjumlah RM200,000 tiga tahun lepas.
Lai Khan Mei, 35, dan teman wanitanya, Gao Bingju, 25, seorang warga China, didapati bersalah melarikan dan mengurung kanak-kanak itu di sebuah rumah di Taman Gemilang Ria, Bukit Mertajam dekat sini pada pukul 5.30 petang 19 Disember 2009.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Amin Firdaus Abdullah turut menjatuhkan hukuman 15 kali sebatan terhadap Khan Mei, seorang penjual alat mencuci kereta selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Beliau berkata, mahkamah menolak keterangan Khan Mei yang mengatakan wang yang ditemui ketika dia dan Bingju ditangkap di Genting Highlands, Pahang adalah pemberian kawan-kawannya.
“Mahkamah mendapati keterangan dikemukakan pihak pendakwaan berjaya membuktikan identiti kedua-dua tertuduh terlibat dalam kes ini,” kata beliau.
Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive