Pengikut Boyzzonne

Wednesday, October 3, 2012

Ibu dalam pantang nyaris dipatuk tedung selar kejar biawak

PADANG AIR, KUALA NERUS – Seorang ibu dalam pantang berhadapan dengan saat mencemaskan apabila rumahnya, di sini, secara tiba-tiba dimasuki ular tedung selar dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi.

Ular yang dipercayai mengejar seekor biawak untuk dijadikan mangsa itu secara mengejut memasuki rumah
berdekatan yang didiami guru yang baru sebulan berpantang itu, namun tindakan pantas wanita terbabit menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berjaya
menyelamat dirinya daripada menjadi mangsa patukan ular berbisa tersebut.

Ketangkasan anggota JPAM Negeri diketuai Sarjan Radzali Abdullah bersama dua pembantu yang lain akhirnya berjaya menangkap ular yang pada ketika itu berada di dalam siling rumah.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar jangan bertindak sendiri, sebaliknya terus menghubungi JPAM sekiranya berhadapan dengan spesies reptilia itu kerana tanpa ilmu dan kemahiran yang betul boleh mengundang padah.

Ini kerana, untuk menangkap haiwan berbisa itu ia memerlukan kepakaran dan pengalaman yang luas bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive