SENAI – Perjalanan seorang pekerja kilang ke tempat kerjanya dikejutkan dengan penemuan objek yang dipercayai seekor buaya sepanjang lebih kurang empat meter di dalam Sungai Kangkar Tebrau, di sini, semalam.
Kejadian tersebut disedari oleh Lesti Anus, 31, ketika melalui jambatan berhampiran kawasan tersebut sekitar jam tujuh pagi.

“Saya tinggal di Jalan Rumbia dan bekerja di Taman Daya. Setiap hari saya akan lalu jambatan itu untuk ke tempat kerja dengan menaiki basikal. Ini adalah kali pertama kali saya melihat binatang berkenaan di dalam sungai tersebut.
“Saya jadi sangat terkejut dan agak takut biarpun saya berada di atas jambatan manakala buaya itu di dalam sungai. Maklumlah tidak pernah saya alami kejadian seperti ini ketika bekerja di Malaysia sejak empat tahun lalu,” katanya kepada Sinar Harian.
Lesti yang merupakan warga Indonesia memberitahu, dia yakin objek tersebut adalah benar-benar buaya kerana kampung kawasan asalnya juga berdekatan dengan sungai dan dia sudah biasa melihat reptilia tersebut sebelum ini.
“Saya nampak jelas buaya itu, lebih-lebih lagi keadaan air sungai tengah surut. Saya dapat lihat kepalanya yang agak muncung, jadi saya pasti itu adalah buaya. Lagipun saya sudah biasa melihat binatang berkenaan di kampung kelahiran saya,” katanya.
Dalam keadaan panik dan ketakutan, Lesti sempat mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar reptilia tersebut dan ditunjukkan kepada rakan.
“Peliklah juga bila berhadapan keadaan ini. Tetapi saya sempat ambil gambar buaya itu. Sampai di tempat kerja, saya menceritakan perkara tersebut kepada kawan-kawan. Setelah mereka lihat gambar di telefon bimbit saya, mereka percaya dan turut yakin objek itu adalah buaya,” katanya

No comments:
Post a Comment