Pengikut Boyzzonne

Thursday, October 4, 2012

Siapa Nak Beli BMW Rozita Che Wan Dengan Harga RM170,000?


Amboi sejak bernaung du bawah pihak pengurusan baru Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd (LOL), rezeki pelakon seksi Rozita Che Wan semakin mahsyuk.

Murai Batu dengar, banyak projek dan penajaan telah diterima Rozita Che Wan. Tidak kurang juga tawaran berlakon sehingga dia terpaksa terbang ke Jepun untuk menjayakan wataknya.



Mungkin kerana rezeki Rozita Che Wan terlalu murah sekarang ini, jadi Murai Batu dengar dia ingin menjual kereta BMW warna putihnya itu dan dan menukarnya dengan satu lagi jenama kereta mewah buatan Jerman.

Murai Batu sering juga melihat Rozita Che Wan ke hulu dan ke hilir dengan kereta BMW kesayangannya itu. Malah siap dengan pemandu lagi. Kelas Che Ta kita seorang ini. Tapi, sekarang nampaknya Rozita Che Wan terpaksa menjualkan kereta yang telah digunakan lebih 3 tahun itu demi untuk mendapatkan kereta yang lebih hebat.

Malah, khabar yang Murai Batu dengar, Rozita Che Wan masih lagi tercari-cari pembeli sesuai yang sudi membeli BMW miliknya itu dengan harga RM170,000. Murai Batu percaya, pasti ramai yang teringin untuk memandu kereta yang pernah dipakai Rozita Che Wan.

Mana tidaknya, siang, malam, pagi, petang, Rozita Che Wan akan bersama-sama keretanya itu dan pasti ramai yang ingin kelihatan hebat seperti pelakon Kiah Perkasam itu kan? Angguk sajalah ya.



Mungkin si pembeli itu nanti akan dapat merasai serta membayangkan gaya dan juga lagak Rozita Che Wan di dalam keretanya itu. Boleh tumpang glamor sekali. Tak gitu?

Murai Batu diberi tahu, kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pembeli tegar kereta BMW milik Rozita Che Wan, bolehkan menghantarkan mesej di laman Facebook rasmi pelakon berkenaan di Rozita Che Wan (RCW).

Sumber: Murai.com.my

1 comment:

  1. kalau beli bmw tu buley ddapat tuannya sekali ker ?

    ReplyDelete

SHARE THIS

Blog Archive