Pengikut Boyzzonne

Thursday, October 4, 2012

Apakah Syarat Kelayakan BR1M 2.0 Kali Kedua 2013 (Penting!)

Seperti yang dimaklumkan dalam bajet 2013, pihak kerajaan bakal memberikan wang insentif BR1M 2.0 kepada rakyat Malaysia. Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2.0 untuk sesi 2013.



Walaubagaimanapun bantuan ini difahamkan diberikan kepada golongan bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2000 sebulan, manakala untuk isi rumah pula berpendapatan Rm3000 ke bawah. Bagi penuntut IPT pula, akan diberikan BB1M 2.0  iaitu baucar buku 1Malaysia.

Syarat Kelayakan BR1M 2013

Bujang

Syarat kelayakan (bujang) : Anda mesti berstatus bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM250
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013

Isi Rumah

Syarat kelayakan (bekeluarga) : Isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah
Jumlah Penerima : 4.3 juta isi rumah
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM500 (kekal seperti pada pusing pertama)
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013

Cara Memohon Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013

Untuk mohon BR1M secara online ia boleh diakses pada hujung bulan oktober 2012.

Bagi  borang hanya boleh didapati awal bulan November 2012 ini. Mana-mana penerima bantuan BR1M Malaysia sebelum ini tidak perlu mendaftar kali kedua. Hanya khas untuk pemohonan yang baru sahaja.

1.) Datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara

2.) Semasa datang mendaftar kelak, dokumen wajib yang perlu di bawa pastilah borang pendaftaran bantuan BR1M 2.0 Malaysia, Salinan Mykad/kad polis/kad tentera dan jika perlu bawa sekali salinan gaji anda.

3.) Penerima bantuan e-Kasih juga layak menerima bantuan BR1M 2.0 Malaysia ini.

Tarikh Pembayaran BR1M 2.0

Akan dibayar pada awal tahun 2013

Melayukini.net - Semoga dengan pemberian baucar bantuan rakyat Malaysia ini dapatlah meringankan sedikit beban bagi penduduk di Malaysia. Kita juga perlu akui terpaksa menghadapi maslaah kenaikan barang yang sering berlaku hampir saban tahun. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan boleh terus menghubungi  pihak berkenaan bagi mendapatkan sebarang pencerahan.

Sumber: Melayukini.net

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive