Pengikut Boyzzonne

Tuesday, December 11, 2012

Joe Louis Juara Tinju Yang Akhirnya Menjadi Penyambut Tetamu

Joe Louis telah memegang gelaran juara tinju heavyweight sejak tahun 1937 hinggalah ke tahun 1949 iaitu penyandang gelaran paling lama dalam sejarah sukan tinju.


Ia turut menjadikan beliau sebagai seorang peninju paling dihormati dan paling popular di Amerika Syarikat sepanjang zaman. Namun di sebalik kejayaan yang dikecapinya, dia tidak bernasib baik dari segi kewangan kerana dikatakan daripada pendapatan sebanyak USD4.6 juta yang sepatutnya diperolehinya, hanya kira-kira USD800,000 yang disumbangkan kepadanya.

Daripada jumlah tersebut pula, beliau gunakan untuk membeli hadiah kepada kawan-kawan dan keluarga, derma kepada askar Amerika selain memulakan perniagaan yang tidak berjaya.

Oleh kerana dia tidak lagi bertarung dalam gelanggang tinju, dia hanya bekerja sebagai penyambut tetamu rasmi di kasino Caesar Palace di Las Vegas.

Tahun-tahun menjelang kernatiannya akibat kegagalan jantung pada tahun 1981, Joe dikatakan mengalami masalah 'physical breakdown' yang diakibatkan sebahagiannya oleh pengambilan kokain.

Beliau kemudiannya ditempatkan di hospital psikiatri akibat masalah paranoia yang rnana dia percaya terdapat plot yang dirancang untuk memusnahkan dirinya.

-Sentiasapanas.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive