Pengikut Boyzzonne

Monday, December 10, 2012

Santhawan Dew Boonratana Secantik Gadis Melayu


Sekali pandang si cantik ini tak tumpah seperti gadis Melayu. Berusia 23 tahun gadis bernama Santhawan Dew Boonratana ini sebenarnya berasal dari Thailand tetapi dilahirkan di Pulau Pinang.

Berdarah campuran Thai sebelah ibu dan Punjabi (bapa), Santhawan punya cita-cita besar untuk bergelar penyanyi. 

Dengan bantuan guru vokal, Shafi Shariff, Santhawan muncul dengan single Sejak Kau Ada di bawah label New Edge Entertainment juga (syarikat milik Cikgu Shafi). Pertemuan Shafi yang lebih mesra dipanggil Cikgu Shafi, ketika beliau berusia 21 tahun membuka ruang bagi dirinya membuktikan keupayaan diri. 
Saya serius mahu berkongsi minat nyanyian ini. Saya tak mahu singgah seketika saja dan seboleh-bolehnya mahu meninggalkan impak," Santhawan


Model sambilan

“Sudah lama saya bercita-cita mahu menjadi penyanyi. Tetapi peluang itu tak ada. Hinggalah saya bertemu dengan Cikgu Shafi. Cikgu Shafi tanyakan kembali kepada saya jenis penyanyi bagaimana yang didambakan. Saya berseloroh kepadanya, saya tidak mahu jadi penyanyi di dalam bilik air sematamata,” kata Santhawan sambil memberitahu singlenya ada dimainkan di Hot FM dan ERA FM.

Selain menyanyi, Santhawan juga bergelar model sambilan.

Akui Santhawan, dia sedar bukan senang untuk dirinya melebarkan sayap sebagai penyanyi. 
Istilah berputus asa memang tiada dalam kamus hidupnya. Selagi berdaya, Santhawan mahu membuktikan cita-citanya bukan sekadar melepaskan batok di tangga.


Berkongsi minat

“Saya serius mahu berkongsi minat nyanyian ini. Saya tak mahu singgah seketika saja dan seboleh-bolehnya mahu meninggalkan impak,” kata penuntut Segi University College dalam jurusan pemasaran ini.

Santhawan kini bertugas di sebuah syarikat dalam bidang pemasaran dan berkebolehan bertutur dengan fasih dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Thailand.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive