Pengikut Boyzzonne

Wednesday, December 12, 2012

Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nikahkan Khairul Fahmi & Leuniey

Perhatian kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat ketika ini lebih kepada majlis perkahwinan berbanding fungsi beliau di AFF Suzuki Cup 2012. Heh.



Khairul Fahmi Che Mat atau
Apex akan mengahwini Leuniey Natasha pada 28 Disember ini dan khabar terbaru mengatakan pasangan ini akan di’nikahkan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Portal hiburan Murai melaporkan yang ayahanda Leuniey sendiri mengesahkan perkara ini selepas menerima surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan awal pagi hari ini.




“Alhamdulillah, insyaAllah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,” kata ayah Leuniey yang di’hubungi.

“Perkara ini telah pun disahkan apabila kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan dan mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi,” tambahnya lagi.

Dan, kemudian ada bait bait mengatakan pelamin khas untuk resepsi & pernikahan pasangan ini telah mendapat tajaan sepenuhnya — yang mana kami tidak peduli. Heh.

Sumber: Rotikaya.com

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive