Menurut saintis, ketawa bukan satu tingkah laku yang dipelajari. Bahkan ketawa tidak sama seperti memilih untuk bercakap. Ia berlaku tanpa sedar dan sangat cepat. Walaupun ada ketikanya kita boleh mengelakkan diri daripada tertawa, tapi tiada siapa sebenarnya sedar bagaimana ketawa terhasil.
Ada saintis percaya bahawa apabila seseorang tertawa dengan ikhlas tanpa dipaksa, tiga bahagian otak akan turut menjadi aktif. Penyelidikan menunjukkan amigdala, iaitu struktur berbentuk badam di dalam otak dan hipokampus atau bonjol melengkung pada lantai ventrikel lateral otak, seolah-olah menjadi kawasan utama yang terlibat dengan emosi.
Amigdala dikenal pasti berhubung dengan hipokampus dan talamus. Sambungan in dikesan memainkan peranan penting dalam penghantaran dan mengawal aktiviti utama seperti persahabatan, cinta dan kasih sayang serta ungkapan perasaan.
Hipotalamus iaitu kawasan pada otak depan di lantai ventrikel kedua bersambung dengan talamus juga dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada
pencetus ketawa kuat yang tidak terkawal.
Kawasan otak yang terlibat dengan gelak ketawa turut dikaitkan dengan sistem limbik. Sistem limbik merupakan satu struktur rangkaian yang terletak di bawah korteks serebrum. Sistem ini penting kerana ia mengawal beberapa tingkah laku dalam kehidupan semua mamalia seperti mencari makan dan pemuliharaan diri.
Pada manusia, ia terlibat dalam motivasi dan tingkah laku emosi. Mainan emosi seperti qembira dan ketawa biasanya terjadi apabila kita melihat atau mendengar sesuatu yang lucu. Sebuah jenaka akan bertambah lucu apabila kita sebagai pendengar mengharapkan satu keputusan berlaku. Penyelidik berkata, apabila jenaka bermula, minda kita sudah menjangkakan apa yang akan berlaku dan bagaimana ia akan berakhir. Jangkaan itu berbentuk logik berkait rapat dengan emosi, dipengaruhi pengalaman masa lampau dan proses pemikiran kita.
Dan sekiranya lawak terjadi pada keadaan yang tidak diduga, pemikiran dan emosi kita secara tiba-tiba perlu diubah.
Dua set pemikiran emosi yang berbeza inilah membuatkan sebuah jenaka terasa begitu lucu. Sungguhpun begitu, sesetengah ilmuwan berpendapat seseorang itu ketawa bukanlah semata-mata kerana melihat atau mendengar sesuatu yang lucu. Tetapi, rasa suka itu ialah sebagai satu mesej untuk dihantar kepada orang lain.
Sesetengah orang mempamerkan ketawa apabila berhadapan dengan kesusahan sebagai cara menenangkan hati. Ada pula beranggapan tujuan ketawa adalah untuk membiarkan orang sekeliling tahu bahawa anda sedang berfikir sesuatu yang lucu.
-Sentiasapanas.blogspot.com

No comments:
Post a Comment