Pengikut Boyzzonne

Tuesday, December 11, 2012

Keluarga Jururawat Terkejut Bunuh Diri

Keluarga jururawat yang meninggal dunia selepas ditipu oleh rancangan radio Australia ketika cuba menghubungi isteri Putera William di London berkata, mereka terkejut dengan
berita buruk itu.


Jacintha Saldanha, 46, menjawab panggilan telefon di Hospital King Edward VII yang merawat Duchess of Cambridge yang hamil dan mengalami muntah-muntah.

Jacintha menyambung panggilan kepada seorang rakan sekerja yang kemudian memberi maklumat mengenai keadaan Kate yang kemudian menjadi berita utama di seluruh dunia.

Jacintha kemudian ditemui mati di kediamaan pekerja.

Keluarganya yang tinggal di bandar Shirva, 400 kilometer dari Bangalore berkata, mereka tidak percaya Jacintha sanggup membunuh diri.

Adik ipar Jacintha, Irene D’Souva berkata, kami terperanjat apabila mendapat berita daripada suaminya (Benedict Barboza) bahawa Jacintha sudah tiada lagi. Dia tidak memberitahu kami Jacintha membunuh diri dan sukar untuk kami percaya dia membunuh diri.

Irene berkata, Jacintha bercadang untuk pulang ke India untuk menyambut Krismas dengan keluarga dan mereka bercadang mengadakan majlis besar-besaran.

Katanya, Jacintha bercadang membuka pusat kejururawatan di India dan menggalakkan wanita muda belajar perubatan.

-AFP

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive