Pengikut Boyzzonne

Tuesday, December 11, 2012

Miley Cyrus buat konsert dengan baju belah di dada


LOS ANGELES - Bekas bintang siri televisyen Hannah Montana, Miley Cyrus (gambar) memakai pakaian seksi semasa dia membuat persembahan di Teater Fonda Hollywood, lapor akhbar The Sun semalam.
Cyrus memakai baju berwarna hitam dengan terdapat belahan di
bahagian dada serta seluar ketat berzip panjang.
Belahan itu hampir menampakkan payudaranya.
Bintang berusia 20 tahun itu turut memakai kasut but mempunyai corak belang harimau kumbang paras lutut.
Dia yang merupakan tunang aktor Liam Hemsworth turut memakai seutas rantai di leher.
Cyrus, 20, yang tampil berambut pendek menyanyikan beberapa lagu pada konsert Christmas Creampies yang diadakan pada Sabtu lalu.
Para penonton dilaporkan terkejut dengan pakaian yang dipakai Cyrus.
Aktres itu juga membuat tarian seksi bersama deejay Burgore.
Cyrus juga menari bersama seorang penari wanita yang mendedahkan payudaranya.
Sebelum ini, Cyrus terkenal sebagai seorang pelakon yang mempunyai imej bersih dan berpakaian sopan semasa dia membintangi siri Hannah Montana. Sebelum ini, Cyrus dilaporkan mempunyai perjanjian sebelum berkahwin dengan Hemsworth yang merupakan pelakon filem The Hunger Games.
Berdasarkan perjanjian itu, penyanyi tersebut dibenarkan untuk menjaga seekor anjingnya.
- Agensi


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive