Pengikut Boyzzonne

Tuesday, December 11, 2012

Lucy Hale Berangan Menjadi Britney Spears

Aktres siri drama Pretty Little Liars, Lucy Hale mengakui dia pernah mengimpikan untuk menjadi seperti penyanyi pop Britney Spears ketika masih kecil.


Hale berkata, Britney pernah menjadi fenomena dalam bidang muzik suatu ketika dahulu dan perkara itu turut mempengaruhinya.

"Pertama kali saya melihat Britney menerusi video muziknya yang berjudul Baby One More Time dan dia kelihatan sangat cantik.

"Selepas itu, saya berangan untuk menjadi sepertinya dan terus menjadikannya idola saya," katanya.

Selain berbakat dalam bidang lakonan, aktres berusia 23 tahun itu juga berkebolehan menyanyi dan album sulungnya bakal dilancarkan pada musim panas 2013.

"Saya tidak sabar untuk menunggu album saya dilancarkan pada tahun hadapan.

"Saya ingin memberitahu bahawa bukan mudah untuk menghasilkan sebuah album dan disebabkan itu, saya menyanjung semua penyanyi di seluruh dunia," ujarnya.

Hale mula mencipta nama dalam industri seni selepas menyertai rancangan realiti televisyen American Juniors pada 2003 dan pernah membintangi filem seram Scream 4 pada 2009. 

-AGENSI

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive