Najwa Latif adakan konsert solo di Singapura 21 Disember
Selepas menawan hati peminat di negara sendiri menerusi beberapa lagu popularnya, penyanyi remaja, Najwa Latif, bakal melebarkan pengaruh ke negara jiran, Singapura, pula.
Peluang itu menjelma apabila gadis berusia 17 tahun ini buat julung kali dipelawa mengadakan konsert sulung di negara terbabit pada 21 Disember ini.
Mungkin juga semua ini disebabkan impak lagu duet saya bersama Sleeq, Untuk Dia” Najwa Latif, Penyanyi
Bukan saja ditawarkan produksi dari sana, Reconstrux Booking, untuk mengadakan persembahan solo, malah penyanyi yang kembali aktif selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini turut diberi peluang memeriahkan pentas persembahan Anugerah Planet Muzik (APM), yang juga diadakan di negara itu.
Teruja dengan dua peluang berkenaan, Najwa yang dihubungi baru-baru ini jelas gembira apabila dapat menjejakkan kaki ke Singapura buat kali pertama untuk menjayakan dua acara terbabit.
“Mula-mula dulu, apabila saya dapat tahu daripada pengurus, saya tidak percaya. Apabila semua sudah ada hitam putihnya, tentulah saya rasa gembira untuk berjumpa dengan peminat di sana. Produksi di sana yang menguruskan semuanya, termasuk jualan tiket,” ujarnya.
Impak Untuk Dia
Menurut penyanyi Cinta Muka Buku dan AdaMu ini, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke Singapura sebelum ini. Justeru, dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila peluang keemasan begitu dihulurkan kepadanya.
Apatah lagi kali ini dia bukan hanya dapat berkunjung ke negara itu, malah dapat pula menghiburkan peminat di sana.
“Mungkin juga semua ini disebabkan impak lagu duet saya bersama Sleeq, Untuk Dia.
“Saya akan menyanyikan 10 lagu pada konsert terbabit. Jika diberi peluang seterusnya selepas ini, mungkin saya akan ke negara jiran yang lain pula.
“Sebelum itu, saya juga akan terbabit dengan APM. Inilah persembahan pertama saya pada acara yang cukup gah itu,” katanya yang dicalonkan dalam dua kategori pada anugerah terbabit, iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita) dan Ikon Media Baru.
Calon awal bagi kategori Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 ini bagaimanapun tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk pulang dengan trofi anugerah serumpun itu. Katanya, dicalonkan pada peringkat akhir saja sudah cukup membuat dirinya rasa dihargai.
Album kedua dalam pembikinan
Sementara itu, Najwa memaklumkan, single terbarunya berjudul Sahabat, duet bersama Sleeq dan Sham Kamarul baru saja dilancarkan.
Kembali sibuk dengan undangan persembahan di dalam dan luar negara, dia kini turut berusaha menghasilkan album kedua, yang akan dikeluarkan tahun depan.
Sedang menyiapkan beberapa lagu untuk dimuatkan dalam album berkenaan, Najwa terus bekerjasama dengan kakaknya, Ika, dalam penghasilan album terbaru itu. Jika dia lebih kepada penghasilan melodi, Ika pula bertanggungjawab sebagai penulis lirik.
“Buat masa ini saya sudah menghasilkan 12 lagu. Begitupun, saya belum memutuskan jumlah lagu yang akan dimuatkan dalam album kedua ini,” katanya.

Sumber - Berita Harian
No comments:
Post a Comment