Pengikut Boyzzonne

Thursday, September 6, 2012

Bapa pelajar minta maaf kepada Najib

BAPA kepada Muhammad Ammar (kanan) kesal dengan perbuatan anaknya menghina pemimpin negara.

BATU PAHAT - “Saya mewakili anak saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas perbuatan anak saya itu.”
Demikian kenyataan A. Rahman Abdullah, 53, bapa kepada pelajar kolej swasta, Muhammad Ammar, 19, yang ditahan polis berhubung kejadian menunjuk
punggungnya ke arah gambar pemimpin negara di Dataran Merdeka pada malam Khamis lepas.
Menurut bapa pelajar itu, jika diberi peluang, dia ingin menemui Perdana Menteri dan isterinya bagi memohon maaf atas kejadian itu.
Katanya, dia amat menyesali tindakan yang dilakukan Muhammad Ammar dan masih terkejut dengan perbuatan anaknya itu.
“Hati saya terasa seperti hendak luruh apabila mendapat tahu tentang perkara itu. Setahu saya, dia tidak terlibat dengan mana-mana parti politik dan rajin belajar.
“Mungkin dia terpengaruh dengan rakan-rakan atau dipergunakan pihak tertentu. Sepatutnya dia memberi tumpuan kepada pelajaran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Dalam kejadian Khamis lalu, beberapa individu dipercayai peserta Himpunan Bersih mencemar sambutan kemerdekaan dengan mengibarkan bendera merah putih bagi menggantikan Jalur Gemilang selain melakukan perbuatan melampau dengan menghina gambar pemimpin negara.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive