Pengikut Boyzzonne

Thursday, September 6, 2012

Model sambilan pijak gambar PM serah diri

SING YEE (tengah) diiringi anggota polis selepas menyerah diri di Balai Polis Sentral, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang model sambilan berusia 19 tahun yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung perbuatan menghina pemimpin negara 30 Ogos lalu, menyerah diri di Balai Polis Sentral
di sini semalam.
Gadis berkenaan, Ong Sing Yee menyerah diri selepas gambarnya bersama 10 individu lain disiarkan akhbar Isnin lalu kerana dipercayai terlibat dengan pelbagai kesalahan ketika menyertai perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka.
Dia yang memakai kemeja-T berwarna putih, tiba di balai terbabit kira-kira pukul 11 pagi dengan ditemani peguamnya, Tony Fernandez serta beberapa rakan.
Sebaik selesai membuat laporan pada pukul 1.05 petang, gadis terbabit keluar dengan tangan bergari dan diiringi polis menaiki kereta untuk dibawa ke ibu negara bagi siasatan lanjut.
Fernandez yang juga Timbalan Pengerusi DAP Johor ketika ditemui berkata, gadis tersebut yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik akan dibawa ke rumahnya di Taman Puteri Wangsa di sini terlebih dahulu bagi mengambil baju yang dipakai ketika hari kejadian.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive