Pengikut Boyzzonne

Wednesday, December 12, 2012

Julia Perez Hina Sinetron Malaysia Kononnya Lapuk

Siapa tak kenal dengan pelakon Julia Perez ni? Ada saja yang ingin dibangkitkannya sehingga mencetuskan kontroversi.


Terbaru semasa dia sedang menunggu giliran untuk merakamkan babak filem seterusnya, dia telah menonton sebuah drama Malaysia.

Drama apa tidak pasti pula.

Namun, itu tidak penting, cuma yang tidak sedapnya dia telah memberi komen yang agak kurang enak menerusi Twitter miliknya.


“Nunggu giliran take sambil nonton sinetron Malaysia. Oh my GOD, Indonesia kita jauh maju, kita maju sekali… bangga jadi orang Indonesia”. – tulisnya.

Julia.. Julia.. tidakkah status ini nanti akan menimbulkan kemarahan rakyat di sini?

Lagi pun kalau dah kata drama Indonesia jauh lebih bagus, mengapa dia sanggup berlakon filem Sumpahan Malam Pertama arahan Murali Abdullah?

Tidakkah filem itu merupakan hasil karya orang-orang tempatan Malaysia?

Tidak ada salahnya jika mahu memberi komen. Tetapi berilah dengan cara yang betul bukan dengan tulisan seperti itu.


Kini, Julia sedang berada di USM, Pulau Pinang yang menjadi lokasi pengambaraan filem Murali.

Kita tengok jelah hasil lakonannya nanti...

-Mynewshub

2 comments:

  1. puuuihh stkat tayang tetek boleh le...

    ReplyDelete
  2. sebab statement puaka tu agaknya ada ke org M;sia nak tgk filem dia berlakon. Maybe nak tgk sbb nk cr kekurangan utk di hentam semula jer.. jenis tak pandai bawak diri kt tmpt org, memang cenggitu

    JANGAN DI KUTIP LAGI ARTIS INDON NI KE MALAYSIA

    ORANG JUJUR MEMANG NAMPAK JAHAT

    ReplyDelete

SHARE THIS

Blog Archive