Pengikut Boyzzonne

Wednesday, May 30, 2012

Beckham Kini Bukan Lagi Pemain Termahal Liga Bolasepak Amerika



DAVID Beckham kini bukan lagi pemain bolasepak dengan pendapatan paling tinggi dalam Liga Amerika (MLS) apabila pendapatannya dipotong sehingga 40% dalam kontrak baru yang ditandatanganinya bersama Los Angeles Galaxy.
Ekoran pemotongan tersebut, bekas kapten skuad kebangsaan England itu kini hanya memperolehi pendapatan asas AS$3 juta setahun dengan jaminan pampasan sebanyak AS$4 juta, demikian menurut data yang dikeluarkan oleh Kesatuan Pemain-Pemain MLS.
Bekas kapten Arsenal, Thierry Henry yang kini bermain untuk New York Red Bulls telah menggantikan tempat Beckham sebagai pemain paling tinggi menerima bayaran dalam MLS iaitu sebanyak AS$5 juta setahun dengan pampasan total berjumlah AS$5.6 juta.
Sebelum menandatangani kontrak baru bersama Galaxy, Beckham menerima pendapatan sebanyak AS$6.5 juta atau AS$32.5 juta selama lima tahun.
Kontrak tersebut telah tamat pada penghujung musim lalu.
Selain Beckham dan Henry, seorang lagi pemain ternama yang turut memperolehi pendapatan yang agak lumayan bermain di MLS ialah Robbie Keane.
Keane yang bermain untuk Galaxy bersama Beckham menerima sekitar AS$3.5 juta semusim.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive