Pengikut Boyzzonne

Sunday, May 27, 2012

Remaja maut digilis treler Jalan Klang-Teluk Intan


Remaja maut digilis treler
Mangsa maut ditempat kejadian selepas motosikalnya bergesel dengan treler.













TANJONG KARANG – Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditunggang bergesel dengan sebuah treler di KM63.5 Jalan Klang-Teluk Intan di hadapan Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang .

Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Kuala Selangor, Inspektor Roslan Ismail berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa, Nurnawwarah Abd Wahab, 16, yang berasal Kampung Haji Razali menunggang motosikal seorang diri.

Menurutnya, mangsa dipercayai berhenti di tepi jalan di hadapan sekolah itu dan selepas bahagian depan lori treler terbabit melepasi motosikal, secara tiba-tiba mangsa keluar dari tepi jalan dan masuk ke laluan utama.

“Mangsa kemudiannya bergesel dengan treler terbabit sebelum terjatuh dan masuk ke laluan lori treler, kemudian digilis manakala motosikal menggelongsor ke tepi jalan.

Mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

“Merujuk kenyataan pemandu lori, dia terkejut apabila berasakan melanggar sesuatu apabila lori dipandunya tidak stabil sebelum berhenti 100 meter dari kejadian kemalangan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive