Remaja patah tulang paha
BATANG KALI - Kesilapan seorang pemandu yang didakwa cuba membuat pusingan U di garisan berkembar menyebabkan seorang remaja patah paha kanan apabila motosikal ditunggang merempuh kereta terbabit.
Mangsa, Haziq Izzuddin Naziron, 17, yang dipercayai baru pulang daripada bermain bola sepak bersama rakannya gagal mengelak kereta Myvi dipandu seorang lelaki di hadapan premis perniagaan berdekatan persimpangan Batang Kali.
Bapa mangsa, Naziron Mohd Adam, 51, yang tiba di tempat kejadian berkata, keadaan lalu lintas ketika itu sesak kerana waktu kemuncak orang pulang dari kerja.
“Ketika saya tiba kira-kira jam 5.15 petang, anak saya sudah terbaring dan dipapah rakannya. Melihat kepada kecederaannya agak serius dan patah paha kanan akibat rempuhan kuat.
Naziron diberitahu, anaknya yang menunggang motosikal berseorangan datang dari arah Bandar Utama Batang Kali (BUBK) menghala persimpangan tersebut bersama kereta terbabit.
Namun, setiba di laluan itu, kereta Myvi terbabit tiba-tiba dilihat membelok dipercayai cuba membuat pusingan U dan mangsa yang tidak dapat mengelak terus merempuh kereta terbabit.
No comments:
Post a Comment