Pengikut Boyzzonne

Tuesday, May 29, 2012

Najib lancar 21 projek baharu



NAJIB (barisan belakang, enam dari kiri) bersama para menteri kabinet dan wakil ketua syarikat tempatan dan luar negara pada taklimat kemas kini kemajuan ETP bagi tahun 2012 di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan 21 projek baharu bernilai RM20.46 bilion di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).
Projek-projek itu dijangka meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM4.59 bilion dan mewujudkan 39,918 pekerjaan.
Beliau berkata, 21 projek tersebut terletak di bawah NKEA pertanian, perkhidmatan perniagaan, pendidikan, penjagaan kesihatan, jualan borong dan runcit, elektrik dan elektronik dan Greater KL/Lembah Klang.
Dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang pada kadar 4.7 peratus dalam suku pertama tahun ini yang mengatasi konsensur umum, Najib mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) "masih jauh daripada tercapai".
"Keadaan ekonomi dunia masih tidak menentu dan lebih-lebih lagi sekarang, kita mestilah terus berada pada landasan kita dan memberikan tumpuan kepada enjin pertumbuhan utama dalam ekonomi dan terus berdaya saing di peringkat global," kata Perdana Menteri pada taklimat kemas kini kemajuan ETP bagi tahun ini.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive