Pengikut Boyzzonne

Monday, May 28, 2012

Kereta Drag terbabas di himpunan jutaan belia


Himpunan Jutaan Belia : 22 cedera, 3 Parah kereta drag terbabas



Himpunan Jutaan Belia: 17 cedera kemalangan acara drag



Himpunan Jutaan Belia: 17 cedera kemalangan acara drag



PUTRAJAYA - Seramai 22 penonton perlumbaan drag tercedera apabila sebuah kereta yang terlibat dalam perlumbaan itu terbabas ke tebing pembahagi jalan di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 di sini, semalam.
Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam pada sesi uji pandu (sesi ujian sebelum perlumbaan bermula) dan ketika itu lebih kurang 10,000 penonton hadir untuk menonton perlumbaan itu.
Seramai 19 mangsa yang dirawat sebagai pesakit luar dibenarkan pulang, manakala tiga lagi yang parah dirawat di Hospital Putrajaya.
Penganjur perlumbaan, Mohd Nizam Sazili berkata, ketika kejadian, kereta tersebut hilang kawalan apabila tiba-tiba tayar belakang kereta itu mengalami masalah sehingga terbabas menaiki tebing pembahagi jalan di situ.
Mohd Nizam berkata, pihaknya mengarahkan penonton untuk berada di lokasi dalam jarak yang selamat sebelum perlumbaan itu bermula.
Perlumbaan drag itu salah satu aktiviti sempena Hari Belia Negara dan Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Persatuan Permotoran MUSC Motorsport.


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive