Pengikut Boyzzonne

Thursday, May 31, 2012

Pengikut Twitter Jaclyn Victor Meningkat 10,000 Dalam Masa Dua Hari


Jaclyn Victor mula mendapat tempat dihati peminat di Indonesia.
KUALA LUMPUR: Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor terkejut dengan pertambahan pengikut laman sosial Twitter miliknya sebanyak 10,000 dalam masa dua hari ketika mengadakan promosi di Indonesia pada 23 Mei lalu.
Jaclyn berkata, dia tidak menyangka kemunculannya sebagai juri dalam programIndonesian Idol di Jakarta pada minggu lalu itu telah memberikan kesan kepada kerjayanya di negara tersebut.
"Sebagaimana yang kita tahu bukan mudah menembusi pasaran di Indonesia dan peningkatan jumlah pengikut Twitter yang kebanyakannya daripada rakyat negara itu adalah satu petanda baik untuk saya.
"Bagaimanapun itu tidak bererti saya boleh mendabik dada kerana tidak pernah ada jalan mudah untuk kita berjaya di luar sekiranya tidak disertakan dengan usaha," ujarnya.
Jaclyn ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran album runut bunyi filem 29 Februaridi sini pada Rabu.
Tambah Jaclyn, sebelum berangkat ke Jakarta pada 23 Mei lalu, pengikut di Twitter miliknya adalah sebanyak 76, 567 dan selepas pulang ke tanah air pada 27 Mei lalu ia meningkat kepada 86,567.
Sementara itu menurut Jaclyn, selain Indonesian Idol dia juga turut diundang menjadi tetamu dalam program Love, Life & Music - Ahmad Dhani yang turut mempunyai peminat tersendiri.
"Kemunculan dalam program-program popular itu telah banyak membantu memperkenalkan nama saya sekali gus mendapat pengikut baru.
"Pelbagai pengalaman juga dapat saya kutip sepanjang berada di Jakarta dan nyata bukan mudah untuk mencipta nama di kalangan peminat muzik negara itu," ujarnya. Dalam pada itu Jaclyn memberitahu dia teruja dengan single terbarunya berjudul Jagalah Diri ciptaan Edry Abdul Halim yang turut dijadikan sebagai lagu tema filem 29 Februari lakonan Remy Ishak.
Walaupun pada mulanya sukar untuk merakamkan lagu tersebut namun dia berbangga dengan hasil karya itu dan berharap ia akan diterima oleh peminat.
"Sukar merakamkan lagu itu kerana jiwa saya seperti tidak sampai untuk mendalami lirik dan melodinya namun selepas menonton babak Remy menyanyikan lagu itu, saya sebak dan berjaya mendapatkan 'mood' seperti dikehendaki oleh Edry," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive