Pengikut Boyzzonne

Thursday, May 31, 2012

Pencuru sawan dicekup




Hajat seorang pencuri mahu melarikan diri bersama besi dipotong tidak kesampaian apabila suspek diserang penyakit sawan menyebabkan dia berbuih mulut dan menggelupur.
Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, suspek berusia 20-an turut mengalami kecederaan apabila motosikal dinaiki bersama seorang lagi rakannya terbabas sebelum mereka terjatuh di Taman Bercham Baru.

Insiden berlaku selepas seorang penduduk kampung itu menyedari perbuatan suspek memotong dan mencuri besi dari sebuah rumah di kawasan itu.
Saksi kejadian kemudiannya meminta bantuan daripada penduduk sebelum cuba memberkas suspek dengan bantuan kira-kira 30 ahli Persatuan Keselamatan Sukarela Kawasan Bercham (PKSKB) dan orang awam yang berada di sekitar kawasan kejadian.


“Kejadian disedari penduduk yang ternampak dua pencuri berkenaan cuba mencuri beberapa bahagian besi dari rumah berhampiran. Kami kemudian cuba mengepung suspek, namun suspek memecut menaiki motosikal untuk melarikan diri.
“Namun motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terjatuh. Saya difahamkan seorang pencuri berkenaan mengalami luka di bahagian tangan akibat ditimpa motosikal.

“Manakala seorang lagi pencuri diserang penyakit sawan hingga menyebabkan buih keluar dari mulutnya. Penjenayah kemudian segera dihantar ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive