Pengikut Boyzzonne

Sunday, May 27, 2012

China juara Piala Uber kali ke-12


Keputusan perlawanan akhir Piala Uber 2012
Keputusan perlawanan akhir Piala Uber 2012
PASUKAN pilihan utama, China ternyata tiada tandingan apabila dengan mudah menjuarai Piala Uber buat kali ke-12 selepas menumpaskan Korea Selatan 3-0 pada final di Pusat Sukan Gimnasium Wuhan, hari ini.

Kemenangan ini turut berharga kepada pasukan China apabila berjaya menebus kembali kekecewaan mereka pada kejohanan 2010 di Kuala Lumpur.

Kedua-dua pasukan bertemu dua tahun lalu dengan China kalah 1-3.

Kejayaan ini turut membuktikan pasukan China ternyata sukar digugat oleh pasukan lain.

Dalam perlawanan pertama, pemain nombor satu dunia wanita, Wang Yihan hampir menerima padah apabila pemain nombor 11 dunia, Sung Ji Hyun memberikan tentangan sengit apabila menang set pertama 21-14.

Bagaimanapun, dalam set kedua, Wang Yihan bermula baik dengan melakukan persembahan yang meyakinkan untuk memenangi 22-20 sekali gus mengheret ke set penentuan.

Dalam set penentuan, Wang Yihan menamatkanpermainan 21-13 untuk mengutip mata pertama bagi China.

Sementara itu, dalam perlawanan kedua, beregu pertama China,  Yu Fang/Wang Xiaoli dengan mudah memastikan mata kedua apabila mengetepikan gandingan Kim Min Jung/Ha Jung Eunn dari Korea 21-15, 21-13.

Turun selaku pemain nombor dua dunia, Wang Xin nyata bukan tandingan kepada pemain Korea, Bae Youn Joo apabila mudah mengalahkan pemain pilihan ke-13 kejohanan untuk meraih mata kemenangan 3-0 bagi China, sekali gus merampas kembali Piala Uber.

Sebelum ini, China memenangi trofi tersebut selama lima kali berturut-turut dari 1984 hingga 1992.

Sejak piala itu diperkenalkan pada 1965, China memenanginya sebanyak 12 kali, Jepun (enam) manakala Amerika Syarikat dan Indonesia masing-masing tigakali.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive