Jerebu yang didapati melanda KL mulai awal pagi tadi adalah berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Rokan Hilir, Sumatera Timur, Indonesia yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan.
Imej satelit NOAA ini membuktikan bahawa terdapat titik kebakaran yang sangat banyak di kawasan tersebut yang mana tiupan angin Barat pada ketika ini membantu menjadikan Kuala Lumpur diselimuti jerebu tebal.
No comments:
Post a Comment