Pengikut Boyzzonne

Saturday, June 16, 2012

Lady Gaga dituduh hina bendera Thailand



Sebelum ini, dia pernah berjenaka dengan berkata ingin membeli jam tangan Rolex palsu di Thailand.
Semalam, Kementerian Kebudayaan Thai memfailkan aduan terhadap penyanyi, Lady Gaga kerana menyalahgunakan bendera Thailand ketika konsertnya bulan lalu.
Kementerian itu berkata, bahagian persembahan Lady Gaga yang mengenakan perhiasan kepala tradisional, berpakaian seksi di atas motosikal dengan bendera Thailand diseret di belakang adalah ‘tidak wajar dan menyakiti perasaan rakyat.”

Pegawai kanan kementerian yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, “Kami tidak meminta pihak polis mendakwanya tetapi ia adalah prosedur biasa kami untuk memfailkan aduan kepada agensi berkenaan apabila kami menerimanya.”

Kementerian itu berkata, bendera kebangsaan Thaimempunyai tiga warna, merah melambangkan negara, biru melambangkan raja dan putih agama.

tekan readmore kalau nak tengok gmbr lady gaga di bangkok


GAMBAR fail menunjukkan Lady Gaga membuat persembahan di sebuah stadium di Bangkok pada 25 Mei lalu.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive