Pengikut Boyzzonne

Tuesday, June 12, 2012

Nikah Raisuddin, Fatimah sah


RAISUDDIN (kiri) berbual dengan isteri keduanya, Siti Fatimah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam diberitahu bahawa perkahwinan penyanyi yang popular sekitar tahun 1980-an, Raisuddin Hamzah dan isteri keduanya, Siti Fatimah Suberi di Songkhla, Thailand pada 2 Januari 2007 adalah sah mengikut undang-undang syariah.
Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk daerah Gombak Timur, Mohd. Hidayat Mohd. Suhaimi dalam keterangannya berkata, pengesahan itu dibuat setelah dia meneliti dokumen pernikahan pasangan tersebut pada 15 Oktober 2008 di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur.
Mohd. Hidayat yang ditanya peguam syarie, Norazmi Mohd. Arif yang mewakili Raisuddin juga mengakui turut meneliti maklumat tambahan iaitu dari segi hukum nikah dan status jurunikah di Thailand.
"Saya menjalankan siasatan terhadap empat dokumen iaitu pengesahan perkahwinan di Selatan Thailand oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, surat daripada Islamic Community of Songkhlakepada Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
"Selain itu, saya turut meneliti catatan keterangan nikah serta surat akuan sah perkahwinan daripadaIslamic Community of Songkhla serta meneliti dokumen yang menjelaskan Abdul Halim Latif Salleh adalah jurunikah dan selaku wali yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam Songkhla,.


No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive