Pengikut Boyzzonne

Wednesday, June 13, 2012

Kilang Dadah ‘meletup

Dadah ‘meletup’
PONTIAN: Sebuah kilang yang dijadikan makmal dadah di Jalan Perindustrian 12, Kawasan Perindustrian Pekan Nenas,meletup serta terbakar kelmarin sebelum pemeriksaan menemui pil Ecstasy dan syabu dianggarkan bernilai RM10 juta.Dalam kejadian  jam 1.30 tengah hari dua letupan kuat menggegarkan bangunan berkenaan dan kilang berhampiran hingga memaksa pekerja di premis bersebelahan bertempiaran menyelamatkan diri.
SIASAT...anggota polis memasuki kawasan kilang untuk membuat pemeriksaan.
Akibat letupan kuat itu, bumbung makmal dadah berkenaan rosak, bahagian belakang premis itu hangus terbakar, kepulan asap memenuhi ruang udara kawasan berkenaan.Penemuan dadah itu bermula selepas anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas dan Pontian yang menjalankan kerja memadam api menemui bahan pelik disyaki dadah sebelum melaporkannya kepada polis.
MISTERI...sebuah kereta  di luar premis kilang turut disiasat.
Sumber : metro

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive