Pengikut Boyzzonne

Tuesday, June 12, 2012

Kate Middleton hamil

KATE MIDDLETON mengumumkan sedang hamil anak pertamanya bersama Prince William di Jubli Intan Queen Elizabeth, baru-baru ini.

Sebelum ini, timbul desas-desus mengenai kehamilan Kate apabila majalah In Touch Weekly menyiarkan gambar terbarunya yang menampakkan perut yang sedikit buncit.
Kate Middleton bersama Price William
“Pada mulanya kami terfikir mungkin dia kelihatan begitu kerana sedang berjalan dengan gaun ketatnya. Namun, jika dilihat secara dekat dan teliti, kelihatan perutnya seperti mengandung.

“Malah, penampilan Kate juga sedikit berisi dengan keadaan mukanya yang lebih bulat,” kata saksi yang kebetulan terlihat Kate di sekitar London pada 31 Mei lalu.

Menurut laporan majalah terkenal di Hollywood juga, pasangan ini dikatakan sedang membuat persiapan untuk memulakan kehidupan berkeluarga.

“Melihat ramai rakan-rakan mereka yang kini sudah bergelar ibu dan bapa membuatkan mereka terfikir untuk mula bersedia mempunyai anak sendiri,


Sumber Sinar

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive