EMBOL (kiri) mengucapkan terima kasih kepada Indet setelah berjaya menangkap dua ekor buaya di Saratok |
Operasi memburu yang dilakukan secara tradisional oleh pawang buaya tersohor dari Betong dihentikan semalam walaupun
kelibat Bujang Sebelak masih belum kelihatan.
Pawang tersebut, Indet Sanabong, 49, berkata, dia yakin buaya besar itu telah memakan salah satu daripada lima umpan yang diletakkan di sekitar Sungai Sebelak.
"Umpan itu bagaimanapun gagal ditarik ke permukaan kerana tersangkut di antara batang-batang kayu yang terdapat di dasar sungai.
"Kebiasaannya, seekor buaya hanya boleh berada selama 30 minit di dalam air sebelum timbul untuk mengambil udara di permukaan atau berdepan kematian," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Menurut Indet, sekalipun jika buaya itu terlepas dari dasar sungai, reptilia berkenaan tetap akan mati kerana telah termakan umpan yang dijampi itu.
No comments:
Post a Comment