Gara-gara menghamburkan kata-kata maki hamun, seorang remaja lelaki maut dibelasah dan ditikam berdekatan sebuah pusat beli-belah di Taman Flora.
Dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa, Aw Soon Meng, 17, ditikam dengan
pisau dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai di sini.
Suspek yang berusia 20-an bersama tiga rakannya dikatakan ke pusat beli-belah itu untuk mencari lelaki yang hanya dikenali sebagai Kelvin bagi menyelesaikan masalah berhubung satu sindiran di Facebook.
Bagaimanapun, mereka gagal menemui orang yang dicari sebaliknya bertemu dengan mangsa yang merupakan rakan kepada Kelvin.
Mangsa yang dipercayai enggan bekerjasama telah membangkitkan kemarahan suspek menyebabkan suspek mengetuk kepala mangsa dengan objek keras menyebabkan mangsa membalas dengan menghamburkan kata-kata kesat.
No comments:
Post a Comment