ORANG ramai cuba mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit dalam kemalangan yang meragut tiga nyawa di Kilometer 61 Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, Pekan |
Tiga pemandu maut dan tiga lagi cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan empat kenderaan di Kilometer 61 Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai.
Kejadian pukul 9.45 malam itu mengakibatkan
pemandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Mazda, Tang Wai Hoong, 48; pemandu van jenis Nissan Vanette, Talib Yahya, 54, dan pemandu lori tangki, K. Chalaparmal, 50, maut akibat kecederaan parah.
Mangsa yang cedera pula termasuk kelindan lori tangki berkenaan, B. Sivasankaran, 28; seorang penumpang van dan pemandu kereta jenis Proton Waja yang belum dikenal pasti.
Kejadian dipercayai berlaku apabila Talib yang dalam perjalanan dari Segamat ke Kuantan cuba memotong beberapa buah kenderaan tetapi gagal.
“Talib yang gagal masuk ke laluan asal kemudian bertembung dengan lori tangki tersebut menyebabkan Chalaparmal hailang kawalan. Lori itu kemudian melambung ke atas 4WD dipandu Wai Hoong yang berada di laluan menghala ke Kuantan.
“Lori tangki itu kemudian terbalik merentangi jalan di laluan menghala ke Kuantan sebelum ia dirempuh kereta Proton Waja yang gagal mengelak.
No comments:
Post a Comment