Pengikut Boyzzonne

Tuesday, June 26, 2012

Tergempar - Aziz Satar diserang sakit jantung


 Seniman veteran, Datuk Aziz Satar (gambar), 87, kini sedang dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU), Hospital Ampang, selepas mengadu sakit dada dan tidak
sedap badan pada Sabtu lalu.
Pelakon yang terkenal dengan beberapa filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee itu mengadu sakit dada selepas melakukan senaman pada satu program kesihatan yang diadakan pada hari tersebut.
Menurut menantunya yang hanya mahu dikenali sebagai Rosli, bapa mertuanya itu telah dihantar ke Hospital Ampang oleh rakan-rakan yang pergi bersama dengannya pada program berkenaan.
Katanya, Aziz atau nama sebenarnya Abdul Azez Satta kini dirawat di unit berkenaan dengan pemantauan sepenuhnya oleh pihak hospital.
"Keadaannya kini dilaporkan stabil dan tidak ada perkara-perkara yang membimbangkan.
"Pelawat hanya dibenarkan masuk pada waktu yang ditetapkan dan hanya dua orang sahaja dibenarkan melawat pada satu-satu masa.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive