Wang kertas Malaysia siri baharu akan berada dalam edaran mulai 16 Julai, kata Bank Negara Malaysia hari ini.
Bank pusat itu berkata, selepas pengumuman awal pada
Mei, ia sudah berbincang dengan beberapa pemegang kepentingan sepanjang beberapa bulan lalu untuk melicinkan pengenalan wang kertas siri baharu itu.
Pemegang kepentingan termasuk institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, penggendali parkir, pemilik kiosk pembayaran dan penggendali mesin tiket dan jualan, katanya.
"Pihak berkenaan harus mempercepatkan penentukuran dan pengubahsuaian untuk menerima wang kertas siri baharu untuk kemudahan orang ramai.
"Pihak berkenaan harus mempercepatkan penentukuran dan pengubahsuaian untuk menerima wang kertas siri baharu untuk kemudahan orang ramai.
"Jika penetukuran mesin tidak disiapkan menjelang 16 Julai walaupun sudah diberi peringatan awal sekurang-kurangnya enam bulan, penyelesaian alternatif harus disediakan untuk orang ramai.
"Ini termasuk menyediakan kaunter tukaran wang atau kutipan tiket secara manual untuk kemudahan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan.
No comments:
Post a Comment