MAYAT Yoga ditutup dengan plastik di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, Selangor selepas dibakar |
Seorang gadis yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan dibunuh kejam apabila dia diserang sebelum dibakar hidup-hidup di depan
pintu rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran .
Dalam kejadian menyayat hati pada pukul 9.30 malam itu, mangsa P. Yoga Ambiga, 27, seorang kerani sebuah bank di Medan Pasar, Kuala Lumpur mati dalam keadaan seluruh badannya bertukar putih akibat melecur seratus peratus.
Mangsa cuba diselamatkan oleh jiran namun gagal. Sebelum diserang, Yoga yang membawa bungkusan makanan mahu membuka pintu rumah tetapi terlebih dahulu diserang dan dibakar oleh tiga suspek.
Selepas diserang dari belakang, sekumpulan suspek terus menyimbah sejenis cecair dipercayai minyak tanah ke badan mangsa sebelum mencucuh api.
"Tidak sampai lima minit badan mangsa hangus terbakar. Mangsa sempat menjerit namun jiran-jiran gagal menyelamatkan mangsa kerana badannya terbakar sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment