NAJIB (kiri) bersalaman dengan Conde di Dataran Perdana, Putrajaya |
Presiden Republik Guinea, Alpha Conde tertarik dengan Malaysia dan menyifatkannya sebagai negara Islam yang patut diteladani.
Katanya, Malaysia banyak terlibat dengan
Kerjasama Selatan-Selatan dan kerjasama dalam kalangan negara Islam.
"Guinea sebuah negara Islam dengan 90 peratus rakyatnya menganut agama itu. Bagi kami, Malaysia merupakan contoh negara Islam yang berjaya.
"Kami berkunjung ke sini untuk mencari pengetahuan dan belajar daripada Malaysia serta mengamalkan dan mengguna pakai pelajaran yang kami dapat di sini," katanya pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mesyuarat dua hala Malaysia-Guinea di Kompleks Perdana Putra di sini semalam.
No comments:
Post a Comment