Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Presiden Mesir baharu, Mohammed Morsi (gambar kecil) berikutan kejayaan beliau dalam
pilihan raya presiden negara itu baru-baru ini.
Perdana Menteri dalam perutusan tahniahnya berkata, kejayaan Mohammed merupakan bukti jelas tentang keyakinan rakyat Mesir terhadap kepimpinan dan wawasan politiknya.
"Malaysia menyambut baik proses transformasi ke arah demokrasi yang sedang mengambil tempat di Mesir dan berharap dapat bekerjasama rapat dengan Mohammed untuk terus memperkukuhkan hubungan yang sedia terjalin antara kedua-dua negara," kata Najib dalam satu kenyataan Wisma Putra yang dikeluarkan di sini semalam.
No comments:
Post a Comment