Pengikut Boyzzonne

Friday, June 29, 2012

i-TR1M - Tuisyen Rakyat 1 Malaysia Dilancar




Kerajaan meluluskan peruntukan RM2 juta daripada dana khas untuk melaksanakan program Interaktif - Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M) untuk memberi tuisyen secara
percuma kepada pelajar di seluruh negara yang bakal menduduki peperiksaan umum pada tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan program yang dilaksanakan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di kediamannya di Seri Perdana.
Projek perintis program itu akan dilaksanakan di negeri Selangor melibatkan 10,000 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.
"Program i-TR1M ini akan meningkatkan prestasi akademik bagi anak-anak golongan berpendapatan rendah untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program tersebut.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive